WOMEN DESIREE (WD) : KELEBIHAN MINUM AIR DI PAGI HARI







Siapa yang bangun tidur je tu terus minum air DUA GELAS??? 😉 Cer LIKE & SHARE. Banyak tau kelebihan minum air pepagi camni, tambah tambah lagi masa perut masih kosong. Antara kelebihannya adalah:

📌1. Meminum air putih pada pagi hari dapat melancarkan buang air besar & membersihkan usus (lebih bagus bagus je tidur terus minum air). .

📌2. Air putih dapat keluarkan racun dalam tubuh kita. Paling bagus minum waktu perut kosong.

📌3. Sakit kepala dapat dikurangkan / dihilangkan terus bila minum air sejurus lepas bangun. .

📌4. Minum air waktu pagi meningkatkan sistem metabolisme tubuh. Dengan itu, tubuh badan berkemampuan untuk menyerap serta pantas mencerna makanan sampai uolls tak sempat gemok.

📌5. Kalau bangun tido terus je minum air, uolls akan dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah lebih cepat. Oleh itu, uolls akan lebih bertenaga.

📌6. Menurunkan berat badan, sebab lemak akan keluar bila sistem metabolisme tubuh akan meningkat.

📌7. Dari segi kecantikan, minum air putih dapat mencerahkan kulit & jadi glowing. Sebab proses detoksifikasi dapat memudarkan parut jerawat. .

📌8. Minum air putih lepas bangun tidur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, maka uolls akan terhindar dari bermacam jenis penyakit.

Wahh banyak kan kelebihan minum air pepagi hari. Lepas baca ni terus tuang air DUA GELAS dan minum ya. Elok diamalkan setiap pagi.

Nota kaki : Pengguna WD mesti minum air yang cukup untuk dapatkan kesan maksimum dengan lebih pantas dan menakjubkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku .... " Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "