WOMEN DESIREE : INFO WD : KENAPA MINUM 3 LITER SEHARI BILA GUNA WD?






Kak Yah, kenapa kena minum air kosong 3 liter sehari kalau guna WD?

Sebab, bila kita ambil supplement, darah kita akan makin pekat. Tree Peony yang bantu kita buang toksin pun, perlu dibuang melalui cecair yang keluar dari badan kita, Bahan kumuh kita iaitu air kencing, bergantung pada banyak mana kita minum air kan. 

Jadi, bila cukup air, cepatla segala bahan WD bergerak, cepatla korang cantik ! Jom cikeduaut manfaat air kosong

1. Air kosong membantu dalam menyeimbangkan tahap mineral dalam tubuh
Tubuh kita memerlukan 60 peratus air. Fungsi cecair dalam tubuh termasuklah untuk sistem penghadaman, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur serta menyeimbangkan suhu tubuh. Apabila tubuh kekurangan cecair, otak akan menghantar mekanisme dahaga.

2. Air mengawal kalori dalam tubuh
Selama bertahun-tahun, mereka yang mengamalkan diet sihat menjadikan pengambilan air kosong dengan banyak sebagai satu strategi untuk menurunkan berat badan. Sememangnya air tiada sebarang kesan magik untuk menurunkan berat tubuh tetapi ia mampu mengawal kalori dalam tubuh dan sekaligus membantu melangsingkan tubuh.

3. Air mampu memberi tenaga pada otot
Meminum air dengan banyak itu penting ketika bersenam. Ia sangat disarankan sewaktu sebelum dan ketika melakukan aktiviti kerana ia untuk mengganti semula peluh yang keluar dek senaman yang dilakukan.

4. Air memastikan kulit cantik menawan
Kulit kita memerlukan air yang banyak agar tidak menyebabkan masalah dehidrasi pada kulit. Apabila berlakunya dehidrasi, kulit akan lebih cepat menua. Jadi, pastikan meminum air yang banyak agar kulit sentiasa gebu dan sihat sepanjang masa.

5. Air membantu dalam memastikan buah pinggang bekerja dengan baik
Buah pinggang berperanan membersih dan menyahkan toksin dalam tubuh jika pengambilan air yang cukup. Jika kita mengambil air dengan cukup, proses pembuangan air kecil akan lebih kerap sekaligus membuang toksin berbahaya pada tubuh.

#SabariahWomenDesiree
#TeamKakYahWD









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku .... " Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "